SILENT READER(s)

Sunday, July 31, 2011

1 Ramadhan 1432

Salam ! Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan =)
hoho ! sekarang ni dah pukul 1.15 tgh hari ( time keyboard start di-tenyeh untuk update entry ni )
means aku dah puasa hampir setengah hari ! fuyooo ! haha , macam tak pernah puasa je sebelum ni --'
orang kata , bulan puasa syaitan kena ikat , tapi ingatlah , nafsu pasti akan bermaharajalela jika kita tak reti kawal :)
Apa yang aku harapkan untuk puasa tahun ni ?
  • Puasa penuh bukan la bermakna tahun lepas aku ada ponteng puasa macam korang ( haha , boleh tercapai ke wahai kaum hawa ? )
  • Nak lebihkan amal ibadat , whoahhh , baik aku kali ni . haha , tak ada la , tahun lepas aku tak dapat terawih sangat , dapat pergi kadang-kadang je sebab time nak pergi je mesti ada yang menghalang kekenyangan terlebih muatan . Harap kali ni , bilangan hari aku pergi terawih bertambah la jika nak dibandingkan dengan tahun lepas . Lagi satu , plan nak khatam Al-Quran buat kali yang seterusnya . haha , tak tau la boleh capai ke tak . Mama cerita , time dia kecik-kecik dulu , tiap-tiap bulan Ramadhan mesti dapat khatam Al-Quran . So , kira nak ikut jejak BELIAU lah , hikhik .
  • Kurangkan dosa , rombongan cik kiah yang ada tu , tolong jangan bawak cerita malatopp ajak aku ngumpat  ekk ^^
  • Nak ambil berkat bulan Ramadhan Al-Mubarak . Nak banyak kan berdoa , moga segala urusan aku dipermudahkan , belajar pun senang masuk .
  • Lepas sahur NAK STUDY ! hoho , gerekkkk seyh 
  • Belajar MASAK ! kuang kuang , haha ( dah, tak payah nak gelak sangat sampai berguling-guling --' ) . Time bulan puasa la biasanya mama rajin masak macam-macam , so ada kesempatan la nak belajar something yang baru kan =)
 Hope apa yang aku hajatkan untuk bulan puasa tahun ni tercapai , AMINNNN .

Pagi tadi aku orang SECOND yang bangun wooo ! haha , ye la , kena tolong mama prepare makan . Takpe , pahala lebih kan ? ngehngeh ^^ .
Lepas sahur aku plan nak siapkan kerja kursus Sejarah . Rabu kena submit dah .
Nak rasa selesa , aku buat sambil menyiarap , sekali tinktonk ! TELELAP aihhh -.- Bangun-bangun je ada "PETA" dekat salah satu kertas folio aku . Dheii , aku buat folio sejarah ke geografi ni , siap ada peta lagi . Tau-tau je la kan apa "peta" tu . haha , tak paham jugak , k air liur la weihhh , tak senonoh kan ? kan kan kan ? haha , nasib tu just kertas kosong je , kalau tak , terpaksa lah aku hantar folio sejarah tu dengan hiasan peta yang sangat menarik hati :'] wekk , geli geleman je , haha .

Ok la , tu je cerita puasa hari pertama pada bulan Ramadhan 1432 .
Aku doakan agar kita semua sama-sama memperoleh kaf-ba-ro-kaf-alif-ta-nun KEBERKATAN  pada bulan Ramadhan yang penuh barakah ini . Jadi mana yang nak berubah tu , gunakan lah peluang yang ada ni sebaik mungkin . Contoh , siapa yang nak kuruskan badan macam aku , siapa yang nak start berhenti hisap rokok     ( STOP SMOKING , MAKE A BETTER LIFE :] ) , yang nak belajar tutup aurat & macam-macam lagi lah ehh . Ye la , bulan ni datang sekali setahun je , kita pun tak tau entah bulan puasa akan datang masih ada lagi untuk kita atau tak kan .
Orite , semoga korang dapat menjalani segala tuntutan ibadah dengan sempurna , jangan puasa je , solat melayang sudah la yer pesanan untuk diri sendiri jugak . And jangan ada yang dapat naik van mayat percuma pulak dah k nak try boleh ? haha , sekali dapat ronda dengan van mayat , best wooo
K , bye , salam :']

*jangan jadikan bulan puasa sebagai bulan untuk berehat , berlumba-lumbalah bagi mengejar manfaatnya ^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...